Dengan pengumuman pembubaran parlimen dan di ikuti oleh kejatuhan DJI kerana Trump plan tariff impose to China.... KLCI berkemungkinan akan ke arah pembetulan ke paras 1800, jika paras ini d cerobohi, maka paras2 seterusnya adalah seperti yg d bincangkan sebelum ini.
Pada paras 1795, fbmklci akan berada d paras 50% correction.. FBMKLCI masih lah di anggap berada dan bergerak dalam fasa bullish dan belum masuk fasa bearish selagi fbmklci berada d atas paras 1708/1713.
Kemunculan volum dagangan sehari dua ini ketika pasaran jatuh adalah merisaukan. Kerana peningkatan volum adalah tanda sokongan terhadap trend. Ketika fbmklci jatuh dan d sokong oleh volum yg tinggi, ini menunjukkan ramai para pelabur sudah mula mengambil keuntungan da keluar dari pasaran, dan paras fbmklci kekal rendah menunjukkan tiada sokongan baru masuk kedalam fbmklci atau boleh juga dikatakan sokongan yg ada kini di lihat semakin lemah.
Kalau di lihat dari sudut Analisa Teknikal, kebanyakkan stock sudah berada di paras yg tinggi dan memerlukan kejatuhan sebelum boleh meneruskan dan menyambung kembali gerakan, dan kebanyakan dari stock yg telah jatuh di lihat hilang momentum dan sokongan belian(di lihat pada indicator MACD dan RSI)
Melabur d pasaran saham penuh dengan pelbagai kemungkinan, persoalan nya ialah, apakah tindakan seterusnya...
Jika anda seorang pelabur yg membuat keputusan pelaburan dgn menggunakan strategi Analisa Teknikal, maka anda harus disiplin dengan signal signal yg d beri kepada stock stock yg anda labur.
Comments
Post a Comment