KLCI BAKAL DI TUTUP POSITIF TAHUN INI, DAN MERANSANG PASARAN KE PARAS LEBIH TINGGI



Awal tahun 2017, indeks KLCI di buka pada paras 1736 mata, dan telah meneruskan momentum kenaikan nya sehingga paras 1792 pada bulan Jun sebelum masuk ke fasa pembetulan hingga ke paras 1713 pada awal Disember. Kini KLCI mula melonjak meneruskan pergerakan menaiknya dengan kukuh. Pada paras semasa 1760, ada kemungkinan bahawa KLCI bakal melabuhkan tirai tahun 2017 di paras 1772mata.

Pada Jumaat 23 Disember yang lepas, KLCI telah di tutup kukuh dengan kenaikan sebanyak 9.03 mata atau 0.52% kepada tahap 1760.24 mata. Penutup pada Jumaat lepas juga adalah lebih tinggi dari paras ketinggian yang lepas pada 14 Disember di paras 1759. Ini di lihat positif yang pasaran sedang dalam permulaan pasaran yang menaik apabila pasaran membuat paras ketinggian tinggi yang baru.

Indeks KLCI juga di paras semasa 1760 mata dilihat telah melepasi ke atas garisan 200 hari “simple moving average”  yang kini berada di paras 1755 mata dan garisan 12 hari  dan 26 hari“ exponential moving average” di lihat telah menyokong indeks di paras 1736 mata dan 1733 mata daripada kejatuhan ke paras yang lebih rendah pada 19 Disember yang lepas.  Kini paras 1755 (200 hari “simple moving average”) yang di lihat sebagai paras rintangan pada masa lalu telah bertukar fungsinya menjadi paras sokongan terkini.

Relative Strength Index (RSI), juga di lihat positif apabila melonjak semula ke atas apabila menghampiri paras petunjuk 50 mata. Dan pada fasa terkini, RSI di lihat akan meneruskan pergerakan menaik daripada paras semasa 63.48 mata ke paras 70 mata. Pergerakan RSI ke arah 70 mata ini juga akan meransang kenaikkan KLCI untuk terus bergerak ke atas.

Paras mata terakhir KLCI di tutup melepasi paras petunjuk awan “ICHIMOKU KINKO HYO”. Situasi ini menunjukkan yang KLCI bakal meneruskan kenaikkannya di masa hadapan. Pada petunjuk awam “ICHIMOKU KINKO HYO” juga, dapat di lihat paras rintangan dan sokongan di paras 1772 mata dan 1755 mata.

Kesimpulannya, Indeks FTSE FBMKLCI di lihat dalam masa terdekat akan di dagangkan di antara paras 1772 mata dan paras 1755 mata, jika KLCI gagal melepasi paras 1772 dengan yakin, KLCI mungkin akan menghadapi fasa pembetulan kecil ke paras sokongan 1755 sebelum melonjak dan meneruskan semula pergerakan menaiknya ke paras yang lebih tinggi.

Oleh : ZULNUREEN SHARIFF (MSTA, CFTe)

Comments

Post a Comment