KLCI berpotensi untuk correction ke paras 1800 kerana ada bearish divergence antara harga dan juga indicators.
Pada jumaat yang lepas klci telah di tutup positif, begitu juga dengan hari ini, klci naik 4.32 mata dan di tutup ke paras 1833, satu mata lebih tinggi dari paras tutup tertinggi sebelum ini di paras 1832.
Pertama sekali, kami menjangkakan klci sedang mengalami wave 4 dalam siri wave kecil kepada wave major yang berkemungkinan dalam misi wave 5. Ini bermakna, kami masih positif yang klci masih lagi bullish. Target 1880 masih kekal.
Keduanya, kami melihat harga membuat lonjakan ke paras tinggi yang baru, tetapi kehilangan momentum, kerana itulah, walaupun harga di tutup ke paras tertinggi yang baru, indicators yang lain semuanya gagal melonjak ke paras baru yg lebih tinggi, ini menandakan akan kekurangan momentum walaupun harga telah melonjak ke paras tertinggi yang baru.
Dan yang ketiga, melihat pada candlestick pattern hari ini, ia berkemungkinan membentuk hanging man pattern. Ini ialah pattern candlestick yang bearish.
Semua yang di atas itu adalah tanda tanda yang memungkinkan klci akan menempuh correction di masa akan datang yang terdekat ini.
Dan kalau mengikut Gann. 1800, kalau benar ia akan correction, berkemungkinan di cecah pada minggu pertama atau kedua february 2018 sebelum naik semula menuju ke paras target 1880 yang berkemungkinan di capai seawal minggu terakhir february atau minggu pertama April 2018.
Dan jika perkara di atas benar benar terjadi, bulan Mar adalah bulan yang sangat bullish... (jika ramalan ini benar)
Perkara yang tersebut di atas hanyalah untuk satu kajian Analisa Teknikal untuk tujuan pembelajaran. Teori Gann adalah teori ramalan. Ramalan bukan lah satu kebenaran yang tentu. Semoga tuan/puan dapat ilmu dari kupasan di atas. Terima kasih.
Comments
Post a Comment