Ulasan ini.di buat hanya lah sebagai contoh sahaja untuk tujuan pembelajaran Analisa Teknikal Asas. Analisa teknikal hanyalah satu pembelajaran keberangkalian akan suatu kejadian, ia bukan lah suatu yang tentu. Berdagang mempunyai risiko kerugian)
Melihat pada aksi harga MBSB semasa ini menunjukkan harga telah pun seakan akan selesa berada di atas awan dan garisan 50ma.
Aksi harga menunjukkan pada ketika ini, ia di sokong di paras 1.10, menurut Fibonacci retrace, harga halangan utama adalah di paras 1.40, oleh itu kami menjangkakan harga akan bergerak ke paras 1.40 pada masa akan datang dengan menempuhi halangan halangan kecil tahap tahap Fibonacci extension di paras 1.20, 1.22, 1.25, 1.29 dan 1.33 sebelum boleh menuju ke paras 1.40.
Dengan melihat pada kemungkinan kemungkinan pada pergerakan hrga MBSB, paras pembelian yang baik boleh di buat pada paras yang berdekatan sokongan moving averages, awan atau fibonacci.
Kajian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran analisa teknikal. Analisa teknikal hanyalah suatu pembelajaran tentang keberangkalian berdasarkan pergerakan masa lepas, dan bukan satu ketentuan.
Comments
Post a Comment