KLCI KE PARAS 1880 PADA PERMULAAN SUKU KE-2 TAHUN 2018, SATU KEMUNGKINAN.



Melihat pada aksi Indeks KLCI, dengan menggunakan kaedah petunjuk Teori Gann, kami meramalkan KLCI bakal mencecah paras 1880 pada pemulaan suku ke-2 tahun 2018 (minggu pertama April 2018).

Dari carta harian Indeks FTSE FBMKLCI, jelas dapat di lihat satu corak pergerakan yang berkemungkinan berulang semula. Jika KLCI di andaikan meneruskan pergerakan pada halaju semasa, iaitu di garisan ½ “GANN FAN” dan ke atas, besar kemungkinan KLCI akan mencecah paras 1880 pada minggu pertama bulan April 2018.

Pada hari Jumaat 22 Disember yang lepas, KLCI telah di tutup pada paras 1760.24  dengan kenaikan sebanyak 9.03 mata bersamaan 0.52%. pada paras 1760.24 itu, indeks KLCI berada di antara garisan 1/3 dan ¼ “GANN FAN”. Ini  menunjukkan halaju KLCI adalah amat tinggi, dalam erti kata lain, Indeks KLCI sekarang ini sedang dalam pergerakan menaik yang kuat.

Dari masa ke semasa, fasa pembetulan akan berlaku, tetapi mungkin di hadkan hingga ke paras garisan ½ “GANN FAN”. Pada ketika ini, merujuk kepada “GANN 1/8”, Indeks KLCI sedang di dagangkan di antara tahap 12.5% (1770.45) dan tahap 25% (1748.55), tahap ini juga menjadi paras sokongan dan rintangan terdekat pada paras semasa 1760.24 mata.

Kesimpulannya, KLCI berkemungkinan mencecah paras 1880 mata pada minggu pertama April 2018 dengan andaian Indeks KLCI di sokong kuat pada Garisan 1/2 “GANN FAN”.

Oleh: ZULNUREEN SHARIFF (MSTA, CFTe)

Comments