Awal tahun 2017, indeks KLCI
di buka pada paras 1736 mata, dan telah meneruskan momentum kenaikan nya
sehingga paras 1792 pada bulan Jun sebelum masuk ke fasa pembetulan hingga ke
paras 1713 pada awal Disember. Kini KLCI mula melonjak meneruskan pergerakan
menaiknya dengan kukuh. Pada paras semasa 1760, ada kemungkinan bahawa KLCI
bakal melabuhkan tirai tahun 2017 di paras 1772mata.
Pada Jumaat 23 Disember yang
lepas, KLCI telah di tutup kukuh dengan kenaikan sebanyak 9.03 mata atau 0.52%
kepada tahap 1760.24 mata. Penutup pada Jumaat lepas juga adalah lebih tinggi
dari paras ketinggian yang lepas pada 14 Disember di paras 1759. Ini di lihat
positif yang pasaran sedang dalam permulaan pasaran yang menaik apabila pasaran
membuat paras ketinggian tinggi yang baru.
Indeks KLCI juga di paras
semasa 1760 mata dilihat telah melepasi ke atas garisan 200 hari “simple moving
average” yang kini berada di paras 1755
mata dan garisan 12 hari dan 26 hari“
exponential moving average” di lihat telah menyokong indeks di paras 1736 mata dan
1733 mata daripada kejatuhan ke paras yang lebih rendah pada 19 Disember yang
lepas. Kini paras 1755 (200 hari “simple
moving average”) yang di lihat sebagai paras rintangan pada masa lalu telah
bertukar fungsinya menjadi paras sokongan terkini.
Relative Strength Index (RSI),
juga di lihat positif apabila melonjak semula ke atas apabila menghampiri paras
petunjuk 50 mata. Dan pada fasa terkini, RSI di lihat akan meneruskan
pergerakan menaik daripada paras semasa 63.48 mata ke paras 70 mata. Pergerakan
RSI ke arah 70 mata ini juga akan meransang kenaikkan KLCI untuk terus bergerak
ke atas.
Paras mata terakhir KLCI di
tutup melepasi paras petunjuk awan “ICHIMOKU KINKO HYO”. Situasi ini
menunjukkan yang KLCI bakal meneruskan kenaikkannya di masa hadapan. Pada
petunjuk awam “ICHIMOKU KINKO HYO” juga, dapat di lihat paras rintangan dan
sokongan di paras 1772 mata dan 1755 mata.
Kesimpulannya, Indeks FTSE
FBMKLCI di lihat dalam masa terdekat akan di dagangkan di antara paras 1772
mata dan paras 1755 mata, jika KLCI gagal melepasi paras 1772 dengan yakin,
KLCI mungkin akan menghadapi fasa pembetulan kecil ke paras sokongan 1755
sebelum melonjak dan meneruskan semula pergerakan menaiknya ke paras yang lebih
tinggi.
Oleh : ZULNUREEN SHARIFF (MSTA, CFTe)

Terbaik bang
ReplyDeleteFuh.. Padat
ReplyDeleteCun
ReplyDelete