Buat Duit Jual/Beli SAHAM di BURSA MALAYSIA

Buat duit berdagang SAHAM, senang jer kalau nak buat buat duit dari pasaran saham. Beli murah, jual mahal, dapat lah untung, 5%, 10%, 15% malah kadang-kadang sehingga melebihi 20% dalam satu kontrak dagangan.

Contoh;
Saham A sekarang ni berharga 50sen, melihat pada carta, ia menunjukkan saham ini ada potensi untuk naik ke paras 60sen.

Katakan, awak membeli pada paras 50sen sebanyak 1000 unit saham (jumlah belian minimum ialah sebanyak 100 unit saham, yang bersamaan 1 lot saham). Jumlah kos nya adalah :-

Rm 500 = 50sen x 1000 unit saham

Rm 15 = kos-kos berkaitan seperti brokerage, duti stem dan lain-lain.

Rm 515 = anggaran kos belian

Kemudian, apabila saham A ini meningkat naik ke harga 60sen, awak pun jual, maka awak telah pun membuat untung kasar sebanyak 10sen atau 20%.

Wowwwww, 20% tu, banyak tu..... sedangkan ASB pun sekarang ni beri kan dividen cuma 7% ajer...

Jom kita kira macam mana kita dapat untung. Jom kira berapa kos jualan.

Rm 600= 60sen x 1000 unit saham

Rm 15 = kos-kos berkaitan seperti brokerage, duti stem dan lain-lain.

Rm 585 = 600 - 15 = jualan bersih

Oleh itu keuntungan bersih adalah lebih kurang....

Untung bersih = jualan - belian
  
Rm 70 = 585 - 515      

Oleh itu, keuntungan sebenar yg anda perolehi ialah rm70 atau 13.5%

(Keuntungan bersih / modal) x 100

(70/515) x 100 = 13.5%        

Jika anda boleh membuat keuntungan 13.5% sebulan, makan dalam 10bulan anda akan membuat keuntungan sebanyak 135%. Dengan kata lain jika di awal tahun pelaburan, anda ada modal sebanyak rm1000, maka di akhir tahun anda kan mendapat Rm 2350,....

Tentu anda semua tertanya-tanya, betul ke ni... iye ke? Boleh ke dapat keuntungan sehingga 100% dalam masa setahun, sedangkan ASB pun cuma beri kita 7% sahaja setahun.....

Mungkin mendapat 135% itu awak rasa sesuatu yg d luar jangka, kerana pelaburan pelaburan yang ada termasuk lah ASB, ASN, Bank Rakyat, Tabung Haji, fixed Deposit atau pelaburan tetap pun hanya memberi pulangan paling tinggi pun beranggaran 15% sahaja.

Apakah pulangan 30% setahun cukup untuk anda.

Benar lah, sememangnya keKayaan boleh d capai melalui pelaburan saham. Tetapi untuk melabur saham, mesti ada ilmu, kerana ramai yang kerugian bila melabur. Kenapa rugi? Kerana tidak membuat keputusan pembelian dengan tepat?. Kerana tidak memberi cukup masa menganalisa pasaran maham? Kerana beranggapan bila sudah beli, harga akan terus naik, dan selepas beberapa tahun baru melihat semula pada portfolio pelaburan anda dan mendapati harga jatuh?

Oleh itu, amat penting, jika anda serius nak buat duit dari pelaburan saham, anda harus mencari ilmu.

            

Comments